suria

Tuah pengantin dapat hadiah kahwin kereta, ladang kelapa sawit

Pasangan ini menerima hadiah mewah pemberian ahli keluarga ketika majlis perkahwinan mereka.

SEBUAH perkahwinan menjadi perhatian apabila pengantin menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan ladang kelapa sawit sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Menerusi video dimuat naik nyimaslisaoktariani di TikTok, pasangan pengantin berbusana putih ini memegang geran tanah berbingkai emas di hadapan pintu masuk dewan perkahwinan.

Memetik portal Wolipop, Kemas Andika atau lebih mesra disapa Dika mengesahkan hadiah kereta Mitsubishi Pajero Sport tersebut merupakan pemberian nenek pengantin perempuan sebagai tradisi apabila cucunya berkahwin.

Pasangan mempelai itu kemudian menerima satu lagi hadiah berupa geran tanah kebun kelapa sawit seluas satu hektar (2.47 ekar) pemberian bapa saudara pengantin lelaki.

Menurut Dika, hadiah itu diberikan sebagai melengkapi mas kahwin yang telah diserahkan kepada isteri Angesty Prawidyasari iaitu dua hektar (4.9 ekar) kebun kelapa sawit.

Menurut pengantin lelaki, dia dan pasangannya amat terkejut dan terharu dengan pemberian berkenaan kerana hadiah tersebut dianggap sebagai tanda kasih sayang keluarga kepada mereka.

Perkahwinan Andika dan Angesty berlangsung di The Royale Krakatau Cilegon, Banten di Indonesia pada 13 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain