suria

Berarak tak pakai baju, 4 aktivis wanita ditahan ketika protes jalanan

Mereka ditahan kerana menimbulkan kekecohan di kawasan awam pada Ahad. -Gambar X/@ClementLano

EMPAT aktivis wanita ditahan di Paris, Perancis gara-gara membuat kekecohan ketika protes jalanan pada Ahad.

Dalam kejadian itu, empat aktivis daripadam kumpulan Femen berarak di kawasan awan tanpa memakai baju sehingga menampakkan sebahagian tubuh dan payudara.

France 24 melaporkan aktivis itu menjerit "pendapat anda tidak dikira, pengguguran adalah hak".

Mereka juga menyanyikan slogan seperti "pengguguran adalah suci" dan "tubuh saya hak saya".

Dalam video yang disiarkan di media sosial, polis dilihat menahan kumpulan itu dan membawa mereka pergi dengan dibaluti selimut.

Menulis di laman X, seorang jurucakap Femen berkata: "Empat aktivis kami telah ditangkap dan dibawa ke balai polis pada pukul 2.15 petang kerana mempertahankan hak perlembagaan wanita untuk membuang bayi mereka.

"Kami tidak mendapat sebarang perkembangan sejak itu. Polis lebih cepat menangkap mereka yang mempertahankan hak pengguguran berbanding mereka yang menentangnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain