suria

Asyik 'cuci' najis di tempat awam, pihak berkuasa gesa pemilik daftar sampel DNA haiwan peliharaan

Pemilik digesa daftar sampel DNA haiwan peliharaan.

AKIBAT sering dihujani kritikan dan aduan tentang tatacara pengurusan kawasan awam, pihak berkuasa bandar Bolzano di Itali menggesa pemilik haiwan peliharaan khususnya anjing memberikan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) haiwan berkenaan.

Pengarah jabatan veterinar Paolo Zambotto berkata, tindakan tersebut sebagai salah satu langkah bagi mengatasi masalah kawasan awam dicemari najis dan berbau busuk serta anjing jalanan.

Malah katanya, pada masa ini, kerajaan wilayah bandar Bolzano dan bandar-bandar sekitarnya di wilayah Dolomites sedang menyediakan pangkalan data untuk hampir 40,000 anjing di kawasan itu.

Kira-kira 10,000 telah didaftarkan sepanjang program dilancarkan.

Setelah beroperasi, bermakna najis yang terbengkalai boleh diuji secara genetik dan dikesan kembali kepada seekor anjing, yang pemiliknya boleh didenda sehingga £430 (RM2,500).

Mana-mana pemilik yang enggan mematuhi peraturan baharu itu juga boleh dikenakan denda selepas ia diwajibkan pada akhir Mac.

"Bolzano menerima beratus aduan setahun daripada rakyat tentang pengurusan tanah awam yang tidak betul. Lebih daripada separuh adalah berkaitan anjing.

"Penguatkuasaan undang-undang hanya dapat menangkap tiga atau empat daripada pesalah kerana anggota terlibat perlu membuat pengintipan terlebih dahulu," ujarnya. - News Sky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain