suria

Gempar harimau bintang singgah melawat hotel, sempat buat 'room tour'

Seekor harimau bintang menceroboh masuk ke dalam bilik hotel.

HUTAN yang ditebang menyebabkan haiwan terpaksa masuk ke pinggiran kota.

Seekor harimau bintang mencetuskan ketakutan orang ramai apabila memasuki sebuah bilik hotel di bandar Jaipur, India.

Ia ditemui di lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Berdasarkan sebuah klip video yang tular di media sosial, haiwan itu dilihat berlegar-legar di dalam bilik yang didiami seorang kakitangan.

Daripada rakaman yang diambil dari luar bilik pula, harimau bintang itu dilihat cuba menerkam perakam.

Kakitangan tersebut kemudian mengunci bilik sebelum menghubungi Jabatan Perhutanan.

Pegawai Jabatan Perhutanan akhirnya berjaya menangkap harimau bintang berkenaan sejurus tiba di hotel tersebut. - ARY News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain