suria

Lelaki pelik penampakan kelibat hitam di sebalik pintu, sempat rakam video untuk siasat

aneh yang terakam dalam video membuatkan seorang lelaki menjadi runsing.

BENARKAH wujud alam ghaib dan kita sebenarnya tidak keseorangan?

Baru-baru ini tular satu rakaman video seram menunjukkan penampakan bayang hitam pada pintu sebuah rumah di Cileungsi, daerah Bogor dalam wilayah Jawa Barat.

Rakaman menunjukkan bayang hitam bergerak-gerak pada pintu kaca rumah itu.

Pemilik rumah dikenali sebagai Acep, 36, berkata, dia membuat rakaman kerana mahu mengetahui apakah sebenarnya imej berkenaan.

“Rakaman itu dilakukan bersama isteri saya. Nyata kelihatan bayang hitam,” katanya kepada pemberita.

Dia juga bertanya sama ada isterinya ternampak bayang hitam dan wanita itu mengaku melihat objek tersebut.

Bagaimanapun, dia menafikan melihat hantu penanggal di rumahnya seperti disebarkan netizen di media sosial.

Seterusnya ada juga yang menyangka rumahnya mempunyai bayi kerana terdengar bunyi tangisan di dalam rakaman walaupun dia tidak memiliki anak kecil. - Tribunnews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain