suria

Wanita pelik pasangan suami isteri beli satu seat premium, rupanya nak duduk ‘percuma’ guna taktik tukar tempat duduk

Kebanyakan pengguna memilih seat premium untuk keselesaan. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja akan dikecam apabila tidak memberikan tempat duduk kepada wanita hamil.

Bagaimanapun situasi berbeza dialami seorang pelayar media sosial ini apabila tindakan dia dipuji dan disokong oleh warga maya kerana tidak sewenang-wenangnya mengalah pada permintaan seperti itu.

Berkongsi cerita di laman sosial, dia menyatakan terdapat seorang lelaki memintanya bertukar tempat duduk supaya dapat bersama dengan isteri yang sarat hamil.

Apa yang menghairankan, lelaki terbabit hanya membeli satu kerusi premium sedangkan dia mempunyai pasangan.

Bahkan sanggup membiarkan isterinya yang sedang hamil duduk di kerusi biasa di bahagian belakang.

Enggan menurut permintaan tersebut, dia kemudian melelapkan mata kerana perjalanan memgambil masa 14 jam.

Apabila terjaga, dia menyedari lelaki terbabit telah bertukar tempat duduk dengan isterinya sendiri.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya beranggapan pasangan suami isteri berkenaan sengaja tidak membeli dua kerusi premium supaya dapat memanipulasikan pengguna yang lain. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain