suria

Lelaki maut selepas ceroboh kandang harimau... Pengunjung zoo tak dapat bantu, hanya mampu rakam video

Mangsa maut dibaham seekor harimau di Zoo New Dehli, India. -Gambar AFP/Getty Images

SEORANG lelaki maut selepas dia menceroboh kandang harimau di Zoo New Dehli, India.

Maqsood Khan yang obses terhadap harimau gagal diselamatkan selepas dia terjun ke dalam kandang haiwan itu.

Sewaktu kejadian, mangsa berdegil untuk masuk ke dalam kandang walaupun diberi amaran berulang kali oleh pihak keselamatan.

Pengunjung zoo yang ketakutan segera merakam kejadian itu menggunakan telefon mereka selepas lelaki berusia 22 tahun itu bersemuka dengan seekor harimau dikenali sebagai Vijay yang berusia tujuh tahun.

Video yang dirakam oleh saksi menunjukkan Vijay merenung lelaki itu selama 15 minit.

Apabila saksi mula menjerit dan melempar batu dalam usaha untuk mengalih perhatian harimau itu, ia menerkam leher serta menyeret mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita balik kampung jumpa harimau! Bawa jalan-jalan, suap makan dan berpelukan... Suami kecut perut tengok

"Ketika harimau itu menghampiri, lelaki itu menggenggam tangannya dan seolah-olah sedang berdoa. Harimau itu memerhatinya dengan teliti selama 15 minit," ujar saksi.

Pegawai zoo berkata pada masa itu, pengawal di kandang harimau membunyikan penggera dan menghantar mesej kecemasan melalui radio.

Namun saksi berkata ia mengambil masa antara 15 dan 20 minit untuk kakitangan zoo tambahan tiba di tempat kejadian.

Mayat lelaki itu hanya dapat dikeluarkan dua jam selepas serangan berkenaan.

Ketika kejadian pada 2014 itu, jurucakap Taman Zoologi Negara Riyaz Ahmed Khan mangsa menerima padah kerana tidak menghiraukan amaran petugas zoo.

"Walaupun berulang kali diberi amaran bahawa dia tidak boleh terlalu dekat dengan kandang luar, lelaki itu akhirnya memanjat pagar setinggi lutut dan pagar kecil, kemudian melompat ke bawah dan masuk ke kawasan parit," ujar jurucakap itu. - Daily Star.

Artikel Lain