suria

Angkara bawa pulang batu dari tapak bersejarah Pompeii, wanita dedah kisah terkena sumpahan

Surat permohonan maaf dari seorang wanita yang terkena sumpahan.

TERPAHAT dalam sejarah umat manusia tentang tragedi letusan Gunung Vesuvius yang melenyapkan kota purba Pompeii di Itali.

Pada ketika itu, hampir kesemua penduduknya dimakamkan di bawah lahar dan debu gunung berapi yang panas.

Baru-baru ini, gempar apabila seorang wanita mendakwa dirinya terkena sumpahan selepas mengambil beberapa ketul batu di tapak bersejarah Pompeii semasa bercuti di sana.

Menurut wanita berkenaan, dia mempercayai akibat daripada dia menyimpan batu terbabit di rumahnya, ia telah menyebabkan dia menghidap kanser payudara.

Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu dilihat memulangkan segenggam batu beserta nota yang menulis permohonan maaf kerana mengambil batu-batu itu.

"Saya tidak tahu mengenai sumpahan tersebut. Saya tidak tahu bahawa saya tidak sepatutnya mengambil mana-mana batu di Pompeii.

"Dalam tempoh setahun saya ambil batu itu, saya mendapat kanser payudara. Saya asalnya seorang wanita muda yang sihat. Sila terima permohonan maaf saya,” ujar wanita itu melalui surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Turut tertera pada nota itu adalah perkataan 'mi dispiace' yang bermaksud 'saya meminta maaf' dalam bahasa Itali.

Sebagai makluman, menurut mitos tempatan, berikutan dari banyak berlakunya kecurian artifak dari tapak bersejarah Pompeii, penjaga tempat itu telah menyumpah sesiapa yang mencuri untuk terkena nasib buruk. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain