SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia membawa seekor khinzir peliharaannya ke sebuah Apple Store di Rio de Janeiro, Brazil. Lebih mengejutkan, wanita itu selamba membiarkan haiwan peliharaannya berak di dalam gedung itu. Menerusi video tular, kelihatan ketulan najis khinzir terbiar di atas lantai, bersebelahan rak pameran iPhone. Dia juga terus keluar daripada premis itu tanpa membersihkan kotoran yang dibuat oleh haiwan peliharaannya. Video kejadian itu tular selepas ia dikongsi menerusi Instagram oleh perunding politik Brazil Rodrigo Bethlem. Rata-rata pelayar Instagram turut menyelar tindakan wanita itu yang dianggap biadab dan tidak bertanggungjawab. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube