KERA di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan. Begitulah kisah kehidupan seorang lelaki yang sanggup berkorban kasih demi memberi kemewahan kepada dua anak tirinya. Segalanya bermula selepas dia menceraikan isteri dan meninggalkan dua anaknya di China demi menikahi teman wanita yang merupakan ibu tunggal. Ia berikutan wanita terbabit jauh lebih muda serta cantik berbanding isterinya dan dirasakan dapat membantu urusan perniagaan. Bagaimanapun, tanpa diduga selepas menginjak usia warga emas, dia dibiarkan sendirian oleh kedua-dua anak tirinya kerana menghidap alzheimer. Bukan itu sahaja, dia yang merupakan usahawan terkenal menjadi 'muflis' selepas kesemua harta dijual oleh wanita terbabit tanpa pengetahuannya. Menyedari hal tersebut, dia kemudian ingin mencari semula anak kandungnya dan tinggal bersama. - Medan Tribun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube