AKIBAT mengalami situasi zakar tegang begitu lama, seorang lelaki didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan. Tertuduh, David Bruce Richardson dari Darwin, Australia, berdepan situasi itu selepas mengambil pil perangsang. Dalam keadaan zakar tegang yang mengakibatkan kesakitan melampau, lelaki berusia 51 tahun itu memandu ke kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera. Ketika itu, kemaluannya secara tidak sengaja terdedah kepada seorang pekerja perempuan. Remaja perempuan berusia 16 itu dikatakan menangis berdepan kejadian tersebut. Bagaimanapun, hakim, Therese Austin mendapati tertuduh tiada niat seksual terhadap perbuatannya. NT News melaporkan peguam Richardson, Peter Maley memberitahu Mahkamah Tempatan Darwin: "Dia memaklumkan bahawa ereksinya tidak berhenti dan ia menjadi amat menyakitkan. Bercakap kepada Daily Mail Australia, Richardson berkata: "Saya tidak cuba mendedahkan diri saya kepada gadis muda yang malang itu. "Pil itu terlalu kuat. Saya kesakitan. Saya tidak mahu tunjuk kepada sesiapa. Saya hanya mahu membeli makanan dan pulang ke rumah." Di mahkamah, Hakim Austin berkata, tertuduh sepatutnya pergi ke hospital dan bukannya restoran makanan segera. Memandangkan tiada niat seksual, tertuduh diberi jaminan untuk berkelakuan baik selama sembilan bulan. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube