suria

Tuah melancong! Wanita ‘terpijak’ berlian 7.46 karat di Taman Negeri

Berlian yang ditemui pelancong wanita.

SEORANG pelancong Perancis yang pertama kali melawat Taman Negeri Kawah Berlian di Arkansas tidak menyangka akan menjumpai berlian 7.46 karat.

Julien Navas pada awalnya datang untuk melihat pelancaran Roket Vulcan Centaur United Launch Alliance di Cape Canaveral, Fla sebelum ke New Orleans bersama seorang rakan.

"Sepanjang berjalan Taman Negeri, saya asyik memandang ke atas tanah untuk melihat bentuk yang menonjol," ujarnya.

Dia kemudian mengambil batu berkilat yang ternyata berlian coklat 7.46 karat.

Dia menggelar penemuannya sebagai Berlian Carine, sempena nama tunangnya.

Penolong Penguasa Taman Waymon Cox berkata nasib Navas mungkin dibantu oleh hujan baru-baru ini.

"Kami secara berkala membajak kawasan pencarian untuk menggemburkan tanah berlian dan menggalakkan hakisan semula jadi.

"Apabila hujan turun ke atas padang, ia membasuh kotoran dan mendedahkan batu berat, mineral dan berlian berhampiran permukaan,” katanya. - UPI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain