TIDAK disangka juadah yang meliurkan boleh ditukar menjadi sesuatu yang di luar kebiasaan. Begitulah kisahnya apabila burger belalang yang diperkenalkan semakin digemari oleh penduduk sehingga menjadi trend baharu di Arab Saudi. Hidangan itu dijual pada harga 7.50 riyal (RM9.47) termasuk roti ban, belalang, bawang, sos dan ramuan lain. Pada kebiasaannya, serangga itu banyak terdapat di wilayah seperti Madinah dan Qassim. Walaupun serangga itu boleh dijadikan makanan dan popular dalam kalangan penduduk, tidak banyak restoran di Arab Saudi yang mahir menyediakan hidangan belalang. Ramai peminat belalang berkongsi pengalaman mereka memburu, menangkap dan memasak serangga itu di media sosial. "Belalang ni sangat rangup dan kalau digabungkan dengan burger memang mantap sekali rasanya," kata mereka yang pernah merasai hidangan tersebut. Dilaporkan satu beg berisi 100 ekor belalang boleh dijual pada harga 50 riyal (RM63.11). - Gulf News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube