PEPATAH Melayu pernah mengatakan, 'kalau dah rezeki, memang tak akan salah alamat'. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dompet yang hilang pada 1995 telah dijumpai oleh seorang pengkayak di Salt River, Arizona. Menurut Julia Hsia, dompetnya hilang semasa dia bersama teman lelaki ketika itu dan sepupunya menguji keupayaan kenderaan pacuan empat roda yang baru dibeli di sebuah sungai. Bagaimanapun, tanpa diduga, air sungai pada masa itu terlalu tinggi dan menenggelamkan kenderaan serta mereka yang berada di dalam. Menurutnya lagi, dia hanya mampu menyelematkan diri serta kamera yang bersangkut di leher manakala barangan lain tenggelam bersama kenderaan. Selepas dimaklumkan tentang penemuan dompet yang berusia lebih 29 tahun itu, Julia mengakui rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat gambar lesen yang diambil ketika muda. Difahamkan, dompetnya sedang dihantar menerusi kurier. - UPI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube