suria

Lebih 2 dekad simpan, 60kg jeruk kulit limau dijadikan mas kahwin… Ramai tertanya nilai sebenarnya

Kulit limau kering disimpan di dalam balang kaca sejak 20 tahun lalu.

MAS kahwin, yang secara tradisinya terdiri daripada duit, emas, perak dan barang kemas.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki tampil ‘memecahkan’ tradisi dengan menyediakan 60 kilogram kulit limau kering sebagai mas kahwin untuk perkahwinan anak perempuannya.

Pelik dengan situasi tersebut, masyarakat meluahkan rasa ingin tahu tentang nilai sebenar dan kesesuaiannya sebagai hadiah perkahwinan.

Memetik laporan Thaiger, kulit limau manis kering itu mempunyai nilai yang sangat tinggi jika dijual di pasaran dengan kualiti tertentu.

Malah pemiliknya dikatakan boleh mendapatkan harga yang setanding dengan emas tulen.

Tambahan pula, mas kahwin pengantin perempuan ini telah disediakan dengan teliti oleh ayahnya selama dua dekad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain