suria

Duit persaraan lebur, warga emas saman jiran dakwa terganggu cahaya lampu

Lampu besar yang didakwa mengganggu pasangan pesara

SEORANG pesara sanggup membelanjakan lebih £100,000 (RM600,219) untuk menyaman jiran mereka yang memasang lampu besar di taman kerana merasa terganggu pada waktu malam.

Bagaimanapun, tindakan pasangan berusia 80 tahun itu tidak membuahkan hasil apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan berkenaan selepas kedua-duanya gagal membuktikan gangguan awam yang dialami.

Mereka yang enggan mengalah kemudiannya membuat rayuan kes dengan mendakwa jurutera elektrik telah mengukur pencemaran cahaya yang disebabkan lampu besar berkenaan.

Keputusan hakim bagaimanapun kekal dan kedua-dua mereka telah diperintahkan untuk membayar sebahagian besar kos rayuan, setelah terpaksa menanggung kos perbicaraan sebagai pihak yang kalah.

Jumlah kos perbicaraan kemudiannya didedahkan melebihi £100,000 (RM600,219).

Mereka kemudiannya berpindah ke lokasi lain dan hidup lebih tenang. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain