HUBUNGAN percintaan yang terjalin sekian lama tidak menjanjikan kebahagian kepada wanita. Begitulah yang dialami seorang gadis berusia 21 tahun ini apabila dia diperdaya oleh kekasihnya sendiri. Lebih menyedihkan, hasratnya untuk bergelar isteri selepas tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan tidak berhasil berikutan majlis yang dijadualkan pada Oktober tahun lalu dibatalkan secara tiba-tiba tanpa perbincangan lanjut dengan pihak keluarganya. Bukan itu sahaja, gadis ini turut mengaku dia pernah terlanjur bersama kekasihnya itu sebelum hubungan diputuskan. Kejadian tersebut berlaku ketika dia berada dalam keadaan tidak sihat. Akibat terlalu kecewa, gadis ini kemudiannya merancang tindakan untuk membalas dendam. Dia kemudiannya membuat belian 400 barang secara atas talian dengan kaedah bayaran secara tunai (COD) menggunakan gambar kad pengenalan bekas kekasihnya itu. Malah kesemuanya dihantarkan ke alamat rumah lelaki terbabit. Antara barangan yang ditempahnya adalah perabot rumah, motosikal baru serta perkakas elektrik bermacam jenis. Bukan itu sahaja, dia turut menempah 200 servis truk angkut-pindah barang, lori sedut tangki najis serta sewaan kereta atas nama Syahrul sejak September 2023. Tindakan tersebut membuatkan bekas kekasihnya berasa bimbang dan membuat laporan polis sebelum terbongkarnya dalang di sebalik semua parcel 'misteri' yang diterima. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube