suria

Hanya 40 wanita dibenar sertai festival lelaki bercawat Februari ini

Festival khas ini dianjurkan sejak tahun 1650.

FESTIVAL Jepun yang dikhususkan untuk lelaki sahaja sejak 1650, kini telah menerima ‘kehadiran’ wanita.

Perayaan yang dikenali sebagai Hadaka Matsuri, adalah acara tradisional yang dianjurkan oleh Kuil Konomiya di bandar Inazawa di wilayah Aichi Jepun. Ia dijadualkan berlangsung pada 22 Februari, dan kira-kira 10,000 lelaki tempatan dijangka mengambil bahagian.

Tahun ini, 40 wanita akan dibenarkan melakukan upacara tertentu namun mereka akan kekal berpakaian lengkap, memakai kot happi tradisional. Mereka hanya akan menyertai upacara 'naoizasa', yang memerlukan mereka membawa rumput buluh yang dibalut dengan kain ke dalam kawasan kuil.

Keputusan itu telah dipuji oleh wanita tempatan dan aktivis jantina yang memujinya sebagai satu langkah ke hadapan dalam kempen mereka untuk kesaksamaan.

Difahamkan, semasa acara berlangsung, beribu-ribu lelaki memakai pakaian minima dengan kebanyakan mereka menggunakan cawat Jepun yang dipanggil ''fundoshi'' bersama-sama dengan sepasang stoking putih.

Sebagai sebahagian daripada upacara perayaan, lelaki menghabiskan masa awal berlari di sekitar kawasan kuil dan menyucikan diri dengan air sejuk beku dan kemudian menuju ke kuil utama.

Para peserta kemudiannya bergelut untuk mencari dua batang kayu bertuah yang dilemparkan sami kuil bersama 100 berkas ranting yang lain.

Mereka memanggil shin-otoko atau 'lelaki terpilih', dan cuba menyentuhnya, kerana dipercayai membawa tuah selama setahun. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain