suria

Terlampau ikut GPS, pemandu Honda City ‘tergantung’ atas jambatan

Kereta tersangkut atas jambatan laluan pejalan kaki.

GARA-GARA bergantung harap pada aplikasi peta dalam telefon pintar, seorang pemandu wanita bersama kereta jenis Honda City ‘tergantung’ di atas jambatan yang merentasi Sungai Yom di wilayah Phrae Thailand.

Difahamkan, jambatan sepanjang 120 meter itu berusia lebih 40 tahun dan digunakan penduduk setempat yang berjalan kaki.

Berkongsi cerita, wanita tersebut menyatakan ia adalah kali pertama dia memandu di kawasan itu, jadi perlu bergantung pada GPSnya ketika memandu untuk melawat rakannya.

Pada masa kejadian, tayar keretanya tiba-tiba tergelincir dari laluan tersebut selepas menyusurinya kira-kira 15 meter.

“Saya fokus pada GPS dan tidak melihat sekeliling. Saya fikir jambatan itu kukuh dan mungkin digunakan oleh orang lain,” katanya.

Terdahulu, dia diselamatkan seorang penduduk tempatan yang melalui jalan tersebut. - Straits Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain