suria

Gadis berusia 15 tahun dirogol tiga lelaki... Lebih pilu, kejadian berlaku depan mata ibu bapa

Mangsa rogol akan mengalami trauma akibat peristiwa hitam berkenaan. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 15 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, dalam satu kejadian pada malam Isnin lalu.

Lebih memilukan, ketiga-tiga pelaku tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut di hadapan ibu bapa mangsa.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di daerah Gwalior, Madhya Pradesh, India.

Menurut pegawai kanan polis, Rishikesh Meena, insiden itu berlaku di kawasan Bhanwarpur pada malam Isnin tetapi aduan difailkan dua hari kemudian.

Tambahnya, keluarga mangsa baharu berpindah ke kawasan kejiranan tersebut sebulan yang lalu.

Buat masa ini, seorang suspek telah ditahan.

Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain