suria

Mengaku tayang kemaluan di kaunter ‘drive thru’ restoran, lelaki terlepas hukuman penjara selepas kemuka bukti kukuh

Segelintir lelaki mengambil ubat kuat untuk memulihkan fungsi seksual mereka. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki Australia terlepas hukuman penjara selepas dia mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya kepada seorang pekerja kaunter pandu lalu sebuah restoran.

David Richardson dari Humpty Doo mengaku bersalah minggu lalu di Mahkamah Tempatan Darwin dan diberi bon berkelakuan baik selama sembilan bulan, lapor NT News.

Peguam Richardson iaitu Peter Maley memberitahu mahkamah anak guamnya mengambil 'ubat kuat' yang didakwa mampu memberi ereksi yang bertahan selama beberapa hari.

Menurut keterangan, Richardson panik apabila kemaluannya kekal tegang dan dia mula mengalami kesakitan untuk memakai seluar.

Pada hari kejadian, Richardson hanya memakai tuala ketika dia memandu ke kaunter pandu lalu di sebuah restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditangkap gara-gara tayang zakar dalam kedai, kena 'sound' dengan hakim ketika perbicaraan

Hakim Therese Austin bersetuju bahawa ubat itu kelihatan berbahaya dan mencadangkan bahawa Richardson sepatutnya mempertimbangkan untuk membeli makanan menggunakan khidmat penghantaran.

"Dia sepatutnya pergi berjumpa doktor, bukannya pergi ke kaunter pandu lalu restoran," katanya.

Austin berkata tidak ada bukti motif seksual atas tindakan Richardson, jadi mahkamah bersetuju untuk membebaskannya.

Richardson juga mengambil masa beberapa hari untuk pulih daripada kesan pil berkenaan. - NZ Herald.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain