suria

Photoshoot pre-wedding dalam dewan bedah paling rare! Doktor kontrak, tunang dapat perhatian menteri

Tangkap gambar pra perkahwinan sering dilakukan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan

MENGAMBIL gambar sebelum akad nikah atau pra-perkahwinan sudah menjadi trend masyarakat masa kini.

Selain untuk kenang-kenangan ia juga bertujuan menghargai pasangan yang telah berjanji setia untuk hidup bersama selamanya.

Seperti pasangan doktor ini, mereka memilih dewan pembedahan sebagai lokasi utama pengambaran.

Memetik laporan NDTV, seorang doktor yang bekerja secara kontrak di sebuah hospital kerajaan di daerah Chitradurga di Karnataka telah dipecat selepas terlibat dalam penggambaran pra-perkahwinan dalam lingkungan dewan pembedahan.

Insiden yang dirakam dalam video dan diedarkan di media sosial, mencetuskan kemarahan dan membawa kepada tindakan pantas kerajaan Karnataka.

Rakaman itu menunjukkan pelaku 'melakukan' pembedahan ke atas seorang pesakit manakala tunangnya membantunya dalam prosedur simulasi.

Pasangan itu dilihat menggunakan alat perubatan dan dikelilingi peralatan pencahayaan profesional.

Penggambaran itu nampaknya berkisar pada tema perubatan, dengan video itu diakhiri dengan 'pesakit' duduk dan ketawa selepas pembedahan olok-olok.

Berikutan kritikan meluas dalam talian, Menteri Kesihatan Karnataka, Dinesh Gundu Rao, mengarahkan doktor terbabit dipecat serta-merta.

Beliau turut menegaskan "hospital kerajaan bertujuan untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan untuk penglibatan peribadi".

Tambahnya, sikap yang ditonjolkan doktor terbabit tidak boleh berdisiplin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain