suria

Gempar! Lembaga putih didakwa pontianak terkena renjatan elektrik selepas langgar kabel pencawang

Lembaga putih (dalam bulatan) yang didakwa pontianak melanggar kabel dan terkena renjatan elektrik. -Gambar media sosial

RAKAMAN sebuah video memaparkan lembaga putih dipercayai pontianak yang terbang dan dikatakan terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang di Indonesia, menggemparkan warga maya.

Video itu menjadi tular di Instagram baru-baru ini selepas dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial menggunakan akaun @budnsteutic.

Menerusi rakaman video tersebut, kedengaran suara seorang wanita yang beristighfar apabila melihat lembaga putih itu terbang laju ke arah pencawang elektrik.

"Awas hati-hati. Eh terkena renjatan elektrik!" kedengaran pula jeritan seorang lelaki yang merakam video tersebut.

Lembaga putih itu kemudian bergerak ke arah kabel elektrik sebelum berlaku satu letupan.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, namun rata-ratanya memberikan komen lucu mengenai rakaman tersebut.

"Kenapalah ke sana, biasanya terbang ke pokok.

"Dia ada mata atau tidak?

"Kalau dia kena renjatan elektrik, mati atau tidak? Kan dia sudah meninggal dunia," demikian antara komen netizen. -Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain