suria

Padah tak guna meter tambang, tawar caj berlebihan... Lesen pemandu teksi warga emas digantung!

Seorang lelaki mengaku pisau kepada penumpang ditahan polis.

SEORANG pemandu teksi berdepan empat pertuduhan setelah mengugut seorang pelacong lelaki dengan pisau kerana enggan menggunakan perkhidmatannya untuk jarak perjalanan satu kilometer.

Menurut portal Thaiger, lelaki berbangsa Jepun itu dipaksa membayar sejumlah 150 baht (RM19) untuk ke destinasi dari pusat beli-belah Fortune Town di Ratcadaphisek Road ke sebuah restoran di Soi Ratchaphisek 3, di Thailand tanpa menggunakan meter tambang, pada Isnin.

Susulan kejadian, penumpang itu menolak perkhidmatan dan keluar dari kenderaan dengan menghempas (tutup) pintu kereta sehingga menimbulkan provokasi.

Berang dengan situasi tersebut, pemandu teksi terbabit keluar dari kenderaannya dan cuba menendang penumpang berkenaan namun serangan tersebut berjaya dielak.

Dia kemudian kembali ke keretanya dan mengacukan pisau kepada mangsa.

Bimbang situasi bertambah buruk, pelancong terbabit mengambil gambar pemandu serta teksi berkenaan sebelum melarikan diri.

Superintendan Balai Polis Huay Kwang Prasobchok Iampinit melaporkan pada Khamis, bahawa teman wanita pelancong berkenaan yang merupakan warga Thailand membuat laporan polis kira-kira pukul 9 malam pada hari kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, pemandu teksi berusia 72 tahun itu menghadapi empat pertuduhan, termasuk cubaan melakukan serangan fizikal, menyebabkan ketakutan, membawa pisau di tempat awam (tanpa keperluan), dan mengenakan bayaran berlebihan kepada penumpang.

Mahkamah Daerah Bangkok Utara mengeluarkan penalti pada Rabu, mengenakan penjara sebulan dan denda 3,000 baht (RM398) untuk serangan fizikal dan membawa tuduhan menggunakan senjata.

Mahkamah akan mengemukakan dokumen kepada Jabatan Pengangkutan Darat untuk penggantungan lesen memandu pengangkutan awamnya kerana caj berlebihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain