suria

Pengantin nekad teruskan walimatulurus! Tetamu 'sporting' makan kenduri, redah banjir paras paha

Majlis perkahwinan pasangan pengantin ini berlangsung dalam suasana banjir.

PASANGAN pengantin nekad meneruskan majlis perkahwinan yang dirancang, meskipun dalam keadaan banjir.

Lebih menarik apabila, kesemua tetamu undangan tetap hadir memeriahkan majlis tersebut dan sanggup mengharungi air paras paha.

Menerusi video tular di TikTok, situasi banjir yang berlaku menunjukkan air setinggi satu meter.

Para tetamu juga kelihatan menikmati juadah dan bergambar bersama pengantin tanpa menghiraukan banjir.

Menurut rakan pengantin devimaulidya_, pasangan terbabit ingin meneruskan majlis perkahwinan walaupun menyedari air naik dengan pantas disebabkan hujan lebat.

Malah mereka mengambil inisiatif menyediakan perahu untuk membawa tetamu ke kawasan pelamin bagi sesi bergambar dengan pengantin. -Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain