suria

Tak faham erti 'kecemasan'... Operator dedah ambulans dihubungi gara-gara terlebih makan kebab!

Talian kecemasan sering disalahgunakan sesetengah individu. -Gambar hiasan

NOMBOR 999 sering dihubungi mereka yang berhadapan situasi kecemasan seperti kemalangan dan bencana.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang didapati tidak mengetahui maksud sebenar 'kecemasan' berkenaan.

Memetik laporan News Sky, antara panggilan kecemasan yang sering diterima organisasi terlibat di Wales adalah berkaitan masalah peribadi dan bukan bersifat segera, bencana mahupun berhadapan kematian.

Ia berikutan antara panggilan yang diterima adalah berkaitan 'kehilangan' gigi palsu, terlebih makan kebab dan tangan tersangkut pada pintu peti surat.

"Malam semalam saya makan kebab dan mungkin terlebih makan berbanding kebiasaan, jadi pagi ini saya sakit perut yang teramat sangat.

"Saya ada gigi palsu tetapi semasa ingin mencuci, barulah saya tahu yang ia tiada pada kedudukannya... adakah saya tertelan gigi palsu?

"Tolong! Tangan saya tersepit pada pintu peti surat," demikian antara dialog pemanggil talian 999.

Berdasarkan rekod, sebanyak 68,416 panggilan yang diterima pada tahun lalu tidak berkaitan dengan kecemasan yang melibatkan bencana atau serangan kematian.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa berharap masyarakat setempat lebih bertimbang rasa dan tidak menyalah gunakan nombor talian kecemasan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain