BERADA dalam pesawat yang sempit dalam tempoh lama bukanlah satu perkara yang menyenangkan. Lebih teruk, kadang-kala kita juga berdepan dengan ragam para penumpang lain yang menjengkelkan sehingga mengganggu ketenteraman perjalanan. Terbaharu, seorang penumpang kapal terbang tular kerana melekatkan gula-gula getah pada rambut seorang wanita yang duduk di hadapannya. Difahamkan, penumpang itu berang dengan sikap wanita berkenaan yang membiarkan rambutnya mengurai sehingga ke kawasan belakang kerusi. Lebih menjijikkan, gula-gula getah itu baru sahaja dikeluarkan daripada mulut penumpang berkenaan. Malah, mangsa juga tidak menyedari tindakan orang belakang yang meletakkan gula-gula getah pada rambutnya. Video kejadian itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi di platform X. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube