TINDAKAN seorang polis wanita di Thailand yang menyertai pertandingan ratu cantik mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Menurut segelintir netizen, penglibatan Atitiya Benjapak dalam pertandingan Miss Thailand 2024 itu dibimbangi akan menganggu tugas hakikinya sebagai anggota badan beruniform. Untuk rekod, ia bukanlah penyertaan pertama Atitiya dalam pertandingan ratu cantik. Atitiya pernah merangkul beberapa anugerah menerusi penyertaan dalam Miss Thailand Chon Buri 2023, Miss Grand Si Sa Ket 2018, Miss Polo Asia 2019, dan Miss Tourism of the Globe 2021. Dia memulakan tugas sebagai polis pada tahun 2020. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube