TETAMU di sebuah majlis perkahwinan dikejutkan dengan tindakan seorang pengantin lelaki yang cuba mencium isterinya di khalayak ramai. Perbuatan itu sekali gus membuatkan wanita berkenaan berasa tidak selesa. Dalam kejadian yang berlaku di India, lelaki berkenaan membisikkan sesuatu kepada wanita itu sebelum cuba menciumnya beberapa kali. Menerusi rakaman yang tular, kelihatan pengantin perempuan cuba mengelak daripada dicium suaminya. Bagaimanapun, lelaki itu kemudian berjaya mencium isterinya di pipi. Video yang tular itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Segelintir netizen menganggap pengantin perempuan tidak selesa dengan tindakan suaminya sehingga dia kelihatan berundur satu meter ke belakang. Mereka berkata, pengantin lelaki seharusnya menghormati perasaan isterinya ketika itu dan bukannya berterusan cuba mencium wanita berkenaan. - Timesnow Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube