SEORANG lelaki maut selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang dan lembing. Semasa kejadian, mangsa sedang berehat bersama isteri dan anaknya di kediamannya di Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Serangan tanpa henti tersebut membuatkan tubuhnya hancur akibat ditetak dan ditusuk lembing berkali-kali. Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam, Selasa turut mengakibatkan isteri dan anaknya mengalami kecederaan. Menurut pihak berkuasa, mangsa dan keluarganya diserang kerana didakwa menjadi bomoh di kampung tersebut. Susulan pembunuhan ngeri, polis menahan dua orang suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube