GARA-GARA seorang lelaki mabuk, Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood menjadi kecoh selepas suspek turut menanggalkan pakaian sepenuhnya dan berguling-guling di atas lantai. Dia difahamkan telah meletakkan keretanya di luar Terminal Satu kira-kira pukul 2 petang dan masuk dalam keadaan bogel. Dalam rakaman yang disiarkan di X, dia dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang dan cuba melalui pintu kakitangan, sebelum seorang pekerja menyuruhnya berhenti. Insiden yang berlaku pada Isnin, membuatkan suspek dibawa ke balai polis atas pelbagai tuduhan, termasuk berkelakuan tidak senonoh, menentang penangkapan dan keganasan. Dia turut dihantar ke Pusat Perubatan Kesihatan Broward untuk diperiksa sebelum menuju ke Penjara Utama Broward. Pemeriksaan kesihatan mental telah diminta oleh Hakim Chris Brown yang juga memberi amaran kepadanya untuk mengelak kedua-dua minuman keras dan lapangan terbang. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube