TINDAKAN dua pempengaruh perempuan memaparkan aksi bercium di Instagram membawa padah apabila mereka bakal dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Rusia. Menurut polis, Vlada Alchaeva, 24, dan rakannya Vika, 19, berdepan denda yang tinggi berikutan tindakan mereka melanggar undang-undang yang mengharamkan propaganda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Tambah polis, video aksi mesra mereka boleh memudaratkan jiwa kanak-kanak bawah umur di bawah undang-undang baharu yang ketat. Kedua-dua mereka juga mempunyai ratusan ribu pengikut di TikTok. Ketika berdepan dengan polis, dua gadis itu mengakui mereka sekadar bergurau dan tidak sedar akan implikasi tindakan berkenaan. Dua pelaku bukan sahaja tampil memohon maaf, malah mereka juga mengakui insaf dan tidak akan mengulanginya. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube