suria

Wanita bunuh bayi 9 bulan, malu diaju perkembangan anak tak merangkak

Bayi merupakan anugerah terindah buat pasangan berkahwin. -Gambar hiasan

EMOSI dan perasaan wanita yang baru lepas bersalin sememangnya sangat sensitif serta mudah terluka jika tidak dijaga dengan baik.

Begitulah yang dialami seorang wanita dari Sumbawa, Indonesia, apabila dia tergamak membunuh bayi berusia sembilan bulan selepas sering menjadi mangsa 'ejekan' orang sekeliling.

Malah, mayat jenazah tersebut dicampak ke dalam sungai yang terletak berhampiran kediamannya, pada Selasa.

Memetik laporan Tribun News, mangsa ditemukan kira-kira 40 meter dari lokasi pembunuhan tersebut dalam keadaan kembung.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengalami kecederaan di leher sebelah kiri dan pergelangan tangan kiri yang dipercayai dikelar oleh suspek.

Kejadian tersebut berlaku selepas suspek mengalami tekanan apabila sering disuruh memasak oleh ibunya ketika sedang menyusui bayi.

Akibat pertengkaran yang berlaku, dia kemudian keluar menunggang motosikal bersama anaknya sebelum membunuh mangsa di sungai berkenaan.

Difahamkan, suspek juga mengalami tekanan perasaan akibat sering diejek dan dipersoalkan tentang perkembangan anaknya yang dikatakan lambat kerana masih belum merangkak pada usia sembilan bulan.

Dia juga pernah mengalami kemurungan semasa bujang namun masalah tersebut dapat diatasi selepas berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain