SEORANG petani menjadi perhatian apabila menyarungkan tanaman tembikainya menggunakan seluar dalam wanita. Perkara itu menimbulkan kehairanan dalam kalangan netizen termasuk antaranya memberi komen lucu. Namun di sebalik jenaka itu, mungkin ada sebab penggunaan seluar dalam renda yang dikaitkan dengan kualiti buahnya yang semakin meningkat. Rupa-rupanya, seluar dalam berkenaan membolehkan buah itu 'bernafas'. Dan menggunakan seluar dalam itu bertujuan untuk mengangkat tembikai dari tanah bagi menghilangkan risiko reput, di samping mengekalkan kesegarannya. Seorang netizen bergurau: "Saya rasa rendah diri! Tembikai pun lebih seksi daripada saya!" Seorang lagi menjelaskan: "Petani lebih suka renda (seluar dalam) kerana ia lut sinar yang menjadikannya mudah untuk diperhatikan dan bernafas." - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube