suria

Sakan kaut 'hadiah' bersalin, pekerja wanita hamil setiap tahun kantoi palsukan 17 kelahiran

Faedah bersalin diberikan syarikat sebagai menghargai sumbangan pekerja wanitanya. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN syarikat akan menyediakan faedah bersalin kepada kakitangan wanita yang mendaftarkan perkahwinan secara sah.

Antara manfaat yang diterima adalah cuti bersalin dan wang hadiah.

Baru-baru ini seorang wanita dari Itali dadapati memalsukan kelahiran dan kehamilan demi mendapatkan manfaat berkenaan.

Memetik laporan Oddity Central, menerusi dokumen yang difailkan, wanita terbabit dituduh memalsukan tidak kurang daripada 17 kehamilan yang mana 12 daripadanya adalah pengguguran semula jadi manakala lima lagi adalah kelahiran.

Bagaimanapun, lima kelahiran bayi sihat yang didakwa bernama Benedetta, Angelica, Abramo, Letizia, dan Ismaele, tidak mempunyai rekod pendaftaran.

Malah tiada siapa yang mengakui pernah melihat kelibat kelima-lima anaknya itu.

Perbuatan yang dilakukan sejak 24 tahun lalu membuatkan dia menerima $120,000 (RM575,220) dalam faedah bersalin.

Dia yang kini berusia 50 tahun telah mengalami bilangan kehamilan yang luar biasa sepanjang 24 tahun lalu, yang mengakibatkan cuti bersalin selama bertahun-tahun di samping faedah yang dibayar kerajaan.

Difahamkan, perbuatannya itu terbongkar selepas dia mengakui telah melahirkan anak pada Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain