suria

Terkenal dengan imej kening tebal, wanita digelar ‘Angry Bird’ akhirnya berubah... Kini nampak lebih normal

Protodyakonova akhirnya membuang imej lama yang banyak menaikkan popularitinya.

SEORANG wanita Rusia meraih populariti luar biasa di media sosial selepas dia tampil dengan imej kening tebal pada tahun 2018.

Selepas beberapa tahun, ramai peminat terkejut apabila Anzhelika Protodyakonova akhirnya membuang imej yang sebati dengan dirinya itu.

Menerusi perkongsian terbaharu kepada lebih 100,000 pengikut Instagram, keningnya kini kelihatan normal seperti wanita-wanita biasa.

Selain terkejut, ada juga netizen yang mengakui tidak cam selepas melihat gambar terbaharu wanita itu.

Untuk rekod, mStar pernah melaporkan kisah Protodyakonova yang tular kerana imej kening tebal pada 8 Jun 2018.

Populariti yang diraih ketika itu membolehkan dia menerima banyak tawaran reviu berkaitan fesyen dan kesihatan.

Malah, blogger fesyen itu turut dijemput ke pelbagai acara televisyen kerana imejnya yang unik.

Pada waktu itu, dia turut menerima kecaman dan disamakan dengan watak permainan Angry Bird. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain