suria

Wanita bakal kahwini lelaki AI selepas tiada ‘jodoh’ dengan patung

Alicia bersama pasangan 'AI'. -Gambar IG hybridcouples

SEORANG wanita bersedia untuk menjadi orang pertama berkahwin dengan hologram janaan AI (kecerdasan buatan) selepas meninggalkan kekasih 'patung'nya.

Sejak kebangkitan AI baru-baru ini, seorang artis Sepanyol tertarik tentang hubungan yang sedang berkembang antara robot dan manusia.

Dia kini membawanya ke peringkat seterusnya dengan merancang untuk mendapatkan hologram berkuasa AI yang dipanggil AiLex, atas nama seni.

Wanita itu, Alicia Framis percaya bahawa robot dan manusia tidak lama lagi akan menjadi 'pasangan seksual', jadi mengambil langkah pertama untuk membangunkan hubungan 'emosi' dengan pasangan AInya.

"Ia adalah hubungan romantis antara seorang wanita dan kecerdasan buatan.

"Kami tahu bahawa tidak lama lagi robot dan manusia akan menjadi pasangan seksual, tetapi bagi saya, langkah penting seterusnya ialah melibatkan emosi kecerdasan buatan dengan manusia," tulis Alicia dalam hantaran di media sosial mengenai pasangan itu.

Menurutnya lagi, hologram lebih dekat dengan emosinya daripada robot.

"Mereka menjadi sahabat yang hebat dan mampu menyatakan empati. Sama seperti telefon menyelamatkan kita daripada kesepian dan mengisi kekosongan dalam hidup kita, hologram hadir secara interaktif di rumah dan boleh membawanya lebih jauh," jelasnya.

Terdahulu, sebelum AiLex, Alicia tinggal bersama seorang patung bernama Pierre.

Namun nampaknya hubungannya dengan patung lelaki itu telah berakhir. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain