TINDAKAN seorang lelaki berbaring dalam keadaan berbogel di tepi jalan menggemparkan pengguna jalan raya sebelum dia ditahan oleh pihak polis. Lelaki berkenaan kemudian membuat pengakuan bahawa perbuatannya itu kerana berasa mengantuk dan panas. Penahanannya susulan pengguna jalan raya di Wang Krajae di Trat, Thailand yang melihatnya berbogel melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Menurut laporan polis, lelaki berkenaan dilihat meniarap tanpa seurat benang. Kenderaannya jenis Chevrolet kelabu, diletakkan di lokasi kejadian. Polis dan pasukan penyelamat mengejutkan lelaki itu dan mengarahkannya berpakaian sebelum membawanya ke balai polis untuk disoal siasat. Di menjelaskan mengambil dadah jenis methamphetamine dua hari sebelum kejadian bogel itu. Pada hari kejadian, dia meninggalkan rumah dengan memandu trak pikapnya tanpa tujuan. Setibanya di lokasi kejadian, dia berasa mengantuk dan memberhentikan keretanya sebelum tidur di tepi jalan. Menurutnya, dia berasa panas dan memutuskan untuk menanggalkan pakaiannya sebelum tidur semula. Pengambilan dadah jenis itu mengakibatkan keletihan, mengantuk, keliru, dan panik. Lelaki itu berdepan dengan pertuduhan iaitu berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan penyalahgunaan dadah yang membawa hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube