suria

Ibu mengaku salah atas tuduhan bunuh, tinggal bayi sendirian 10 hari untuk pergi bercuti

Bayi malang ini dibiarkan bersendirian selama 10 hari sehingga kebuluran dan dehidrasi. -Gambar WKYC

SEORANG ibu yang meninggalkan anak kecilnya bersendirian selama 10 hari semasa pergi bercuti mengaku bersalah atas tuduhan membunuh.

Tertuduh, Kristel Candelario, 32, meninggalkan anak perempuannya berusia 16 bulan, Jailyn, di tempat khas bermain di kediamannya selama 10 hari pada musim panas lalu semasa dia pergi bercuti.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dan membahayakan kanak-kanak, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tergamak tinggal bayi sendirian untuk bercuti, balik rumah terkejut si kecil sudah tak bernyawa

Candelario kini boleh menghabiskan sisa hidupnya di penjara apabila dia dijatuhi hukuman pada 18 Mac.

Pegawai berkata Candelario meninggalkan anak perempuannya di rumahnya di Cleveland, Ohio di Amerika Syarikat (AS) semasa pergi bercuti ke Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023.

Apabila dia kembali 10 hari kemudian, wanita itu mendapati anak perempuannya tidak bernafas di dalam tempat khas bermain sebelum membuat panggilan kecemasan.

Pasukan kecemasan mendapati bayi malang itu terlalu dehidrasi, dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi yang teruk.

"Kes ini adalah salah satu kes yang benar-benar tidak dapat dibayangkan yang akan kekal dengan saya selama bertahun-tahun akan datang," kata pendakwa Michael C. O'Malley.

"Bayi berusia 16 bulan itu sangat dehidrasi ketika ditemukan mati dalam tempat permainannya, di atas pelapik yang dikotori air kencing dan najis dengan selimut kotor," tambahnya.

Peguam memberitahu Candelario mengalami masalah kesihatan mental tetapi tidak memberikan maklumat lanjut. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain