SEORANG lelaki ditemukan mati di bilik sebuah hotel dalam keadaan mengerikan. Kejadian berlaku di Pacet, Cianjur di Indonesia, pada Rabu lalu. Ketua Polis Cianjur, AKBP Aszhari Kurniawan berkata, mayat seorang lelaki ditemukan di sebuah hotel dalam keadaan berbalut dengan pita pelekat hitam merupakan mangsa pembunuhan hubungan sejenis. Menurut Aszahari, kejadian itu bermula apabila suspek berusia 24 tahun melakukan hubungan songsang BDSM (menggunakan kekerasan dan keganasan) bersama mangsa yang memakai topeng dan dililit dengan pita pelekat. Mangsa membuat hantaran di media sosial mengajak orang ramai melakukan aktiviti itu sehingga bertemu dengan suspek, kata Aszahari pada sidang media, Jumaat. Suspek dan mangsa menyewa bilik di sebuah hotel sebelum melakukan hubungan terlarang itu dengan membuat perjanjian iaitu perlu membayar sejumlah wang sekiranya salah seorang tidak berpuas hati. "Namun, apabila suspek mengeluarkan kemaluan mangsa, ia terkencing dan memukul suspek, menyebabkan suspek marah dan serta-merta meninggalkan mangsa dalam keadaan muka bertopeng dan badannya berbalut dengan pita pelekat," kata Aszhari. Jasad mangsa kemudian ditemukan kakitangan hotel yang memeriksa bilik tersebut. Mangsa ketika itu tidak sedarkan diri, sesak nafas sebelum melaporkan perkara itu kepada pengurusan hotel dan seterusnya pihak polis. Suspek kemudian berjaya ditahan polis di kediamannya, pada Khamis dan berdepan dengan pendakwaan kes pembunuhan yang membawa hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. Sebagai peringatan, mengadakan hubungan sejenis adalah dilarang dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Oke News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube