suria

Lelaki dakwa muka rasa terbakar, tiba-tiba membengkak... Rupanya dipenuhi 150 serangga, ada sebesar hujung kelingking

Serangga yang terdapat di dalam hidung lelaki terbabit.

MUKA seolah-olah dibakar dan membengkak.

Begitulah keadaan yang dialami seorang lelaki dari Florida apabila bahagian wajahnya dipenuhi serangga seperti maggots.

Memetik laporan Huffpost, pesakit yang enggan mendedahkan identiti itu pergi ke hospital awal bulan ini selepas menyedari seluruh mukanya terasa seperti dibakar.

Bagaimanapun, gejala yang dialaminya itu telah bermulah sejak Oktober tahun lalu namun mulai serius awal Februari lalu.

"Lebih beberapa jam muka dan bibir saya membengkak sehingga sukar bercakap.

"Saya tidak boleh bangun untuk pergi ke bilik mandi kerana hidung mula berdarah," kata pesakit itu.

Kira-kira 150 ekor serangga terdapat di dalam saluran hidung lelaki terbabit.

Kira-kira 150 ekor serangga terdapat di dalam saluran hidung lelaki terbabit.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan daripada pakar telinga, hidung dan tekak, Dr. David Carlson.

Menerusi pemeriksaan menggunakan kamera khas, doktor terbabit mengakui terkejut kerana terdapat berpuluh-puluh ekor serangga sedang memakan hidung dan rongga sinus lelaki terbabit.

Malah katanya, ada yang sebesar hujung jari kelingkingnya.

Bukan itu sahaja, doktor turut menyatakan berlaku hakisan pada dasar tengkorak berhampiran mata dan otak.

Pembedahan untuk mengeluarkan serangga tersebut dilakukan secara 'manual' berikutan vakum khas tidak dapat menyedut larva serangga yang terlalu besar.

Kesemua serangga tersebut dihantar ke makmal ahli epidemiologi bagi mengetahui jenis spesis.

Dalam pada itu, pakar kesihatan beranggapan tabiat kebersihan yang diamalkan lelaki terbabit ketika mengendalikan ikan mati adalah tidak betul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain