suria

Kedai diserbu pelanggan selepas viral, peniaga rojak tersenyum disamakan macam artis... Awas masih bersuami!

Juhairiyah menggantikan ibunya menjual rojak.

SELAIN makanan yang sedap, wajah yang cantik merupakan 'pelaris' utama sesebuah restoran dan kafe.

Begitulah situasi di kedai menjual rojak di Daerah Sampang, Jawa Timur di Indonesia.

Memetik laporan Okezone, seorang wanita yang menjual rojak menjadi tular di media sosial kerana rupa parasnya yang cantik seperti artis popular Indonesia.

Berkongsi cerita, dia yang dikenali sebagai Juhairiyah berkata, sejak video membuat rojaknya tular, gerai yang sudah beroperasi sejak sembilan tahun lalu sentiasa dipenuhi pelanggan.

Menurutnya, gerai tersebut adalah milik ibunya, namun dia telah diambil alih sejak tiga tahun lalu.

Tambahan pula, ibunya sudah memasuki usia emas dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan gerai berkenaan.

Sering disangka sebagai janda, Juhairiyah menyatakan dia masih mempunyai suami dan memiliki seorang cahaya mata berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain