suria

Penumpang panik, ulat sampah jatuh dari ruang simpanan beg dalam pesawat

Bahan mentah seperti ikan tidak boleh dibawa menaiki pesawat. -Gambar hiasan

PESAWAT yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Detroit terpaksa berpatah balik selepas seekor ulat sampah terjatuh ke atas seorang penumpang wanita.

Memetik laporan United Press International, insiden yang berlaku pada Selasa lalu, menimbulkan kekecohan berikutan ulat berkenaan terjatuh dari ruang penyimpanan beg di dalam pesawat.

Panik dengan situasi tersebut, kru penerbangan Delta Flight DL133 melakukan pemeriksaan lanjut di sekitar ruangan berkenaan sebelum menemukan sebuah beg yang mengandungi ikan busuk.

Difahamkan, bahan mentah tersebut hanya dibungkus menggunakan surat khabar dan diletakkan di dalam beg tangan.

Sementara itu, Delta dalam satu kenyataan menyatakan, pesawatnya kembali ke lapangan terbang dan penumpang ditempatkan pada penerbangan seterusnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain