DEMI kelihatan seperti bintang popular, seorang remaja China berusia 18 tahun sanggup membelanjakan 4 juta yuan (RM2.6 juta) untuk pembedahan plastik selama lima tahun. Zhou Chuna, dari wilayah Zhejiang menjadi taksub melakukan pembedahan plastik sejak berusia 13 tahun kerana ingin kelihatan cantik seperti pelakon Cina kegemarannya, Esther Yu. Sepanjang tempoh tersebut, dia telah menjalani lebih 100 pembedahan dengan kesemua kos ditanggung oleh ibu bapanya. Ia berikutan, dia berasa cemas dan tertekan tentang penampilannya serta berasa tidak selesa apabila saudara-mara dan rakan keluarga mengatakan dia tidak kelihatan seperti ibunya yang cantik. Malah ibunya turut menyokongnya melakukan pembedahan pada usia 13 tahun menerusi prosedur kelopak mata berganda. "Saya telah menjalani hampir semua pembedahan plastik termasuk rhinoplasty dan kikis tulang," katanya. Menurut Zhou, doktornya telah memberi amaran bahawa dia tidak boleh melakukan apa-apa pembedahan pada kelopak matanya kerana telah menjalani 10 prosedur sedemikian. - South China Morning Post Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube