suria

Tak puas hati anjing menyalak, wanita cedera dibaling gelas

Seorang wanita mengalami kecederaan di lengan.

SEORANG wanita mengalami kecederaan selepas seorang lelaki melemparkan gelas ke arahnya, gara-gara bunyi bising anjing menyalak.

Kejadian berlaku di Pantai Jomtien di Pattaya, Thailand, pada Sabtu lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, mangsa yang berusia 37 tahun mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki warga Britain.

Dia turut memuat naik gambar dan video yang menunjukkan lengannya mengalami kecederaan.

Susulan itu, dia menuntut pelaku membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bercakap kepada ThaiRath mengenai insiden itu, mangsa memberitahu dia dan rakannya berkunjung ke sebuah kafe mesra haiwan perliharaan.

Dia dan rakannya kemudian bermain dengan anjing milik pelanggan lain, sebelum haiwan itu menyalak berulang kali.

Seorang lelaki warga asing yang duduk di belakangnya berang dengan keadaan itu sebelum melemparkan gelas ke arahnya.

Menurut mangsa, lelaki itu menawarkannya wang untuk menamatkan isu yang berlaku tetapi dia mahu lelaki itu menunggu polis tiba di lokasi kejadian.

Lelaki itu bagaimanapun tidak mengendahkannya sebelum beredar bersama isteri dan rakan-rakannya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain