suria

Larang anak bermalam di rumah bekas isteri, lelaki tergamak cekik mangsa hingga maut

Perbuatan suspek (gambar kecil) terbongkar selepas rumahnya dikunjungi oleh bapa saudaranya. -Gambar Metrojambi

SEORANG bapa tergamak mencekik anak kandungnya yang berusia 12 tahun sehingga maut, gara-gara enggan menuruti permintaannya supaya bermalam di rumahnya.

Kejadian berlaku di Kampung Tambang Baru, Jambi, Indonesia pada 18 Februari lalu.

Ketua Polis Merangin, Ruri Roberto berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai Abdullah, 44, pada mulanya menghabiskan masa bersama anaknya dengan bermain layang-layang.

Mangsa kemudian meminta izin untuk pulang ke rumah ibunya, yang menetap di kediaman berasingan selepas berpisah dengan suspek.

Suspek tidak membenarkan mangsa ke rumah bekas isterinya, namun mangsa tetap berkeras.

Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak mencekik leher mangsa sehingga meninggal dunia.

Perbuatan suspek terbongkar selepas bapa saudaranya berkunjung ke rumah dan melihat lelaki itu sedang menggali tanah.

Berasa curiga, bapa saudaranya segera masuk ke dalam rumah untuk memeriksa keadaan dan terkejut melihat anak saudaranya terbaring tidak sedarkan diri.

Dia segera menghubungi polis dan suspek kemudiannya berjaya diberkas. -Metrojambi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

bapa cekik anak, bapa kejam,

Artikel Lain