suria

Pilot jadi bidan terjun, tak gugup bantu wanita lahirkan bayi dalam pesawat

Gambar kenangan dikongsikan di media sosialnya.

TINDAKAN pantas juruterbang membantu seorang wanita yang ingin melahirkan anak mendapat perhatian warga maya.

Jakarin Sararnrakskul pada masa tersebut sedang mengendalikan pesawat VietJet dari Taipei, Taiwan, ke Bangkok, Thailand sebelum dikejutkan dengan panggilan kecemasan berkaitan wanita terbabit.

Susulan daripada itu, dia bergegas membantu ibu hamil tersebut bersama kru kabin yang lain.

Bukan sahaja tidak panik, dia yang berpengalaman selama 18 tahun terus menjadikan tandas pesawat sebagai 'dewan bersalin'.

Berkongsi kenangan manis berkenaan di laman sosial, dia turut menamakan bayi berkenaan sebagai 'sky baby'.

"Saya telah menjadi juruterbang selama 18 tahun. Saya baru sahaja membantu bayi yang baru lahir di dalam pesawat," katanya dalam catatan di Instagrambsambil berkongsi imej dirinya memegang bayi itu. - News Sky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain