suria

Sadis! Budak 3 tahun dibiar kebuluran, digigit pepijat dalam flat kotor

Kanak-kanak tersebut ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bermaya.

SEORANG ibu sanggup membiarkan anak perempuan berusia tiga tahun tinggal sendirian di sebuah rumah flat di Ohio.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan 'bergulung' seperti bola kerana kebuluran dan dihurung serangga.

Malah dia turut mengalami kesukaran bernafas dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Keadaan rumah pula tidak terurus seolah-olah telah ditinggalkan penghuni.

Memetik laporan Metro.co, kanak-kanak tersebut diselamatkan sepasukan polis yang tiba di rumah berkenaan selepas menerima aduan berkaitan.

Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak tersebut berada di atas lantai dan dipenuhi kesan gigitan pepijat manakala ibunya melarikan diri kerana bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain