KECOH di media sosial mengenai ahli keluarga dan rakan-rakan kepada sekumpulan pelajar sanggup memanjat bangunan sekolah ala 'SpiderMan' semata-mata untuk membantu mereka meniru dalam peperiksaan. Menurut laporan, kejadian berlaku di sebuah sekolah di Tauru di Nuh, India pada Rabu selepas timbul dakwaan mengenai kertas soalan itu bocor menjelang peperiksaan. Penyebaran berita mengenai kebocoran kertas soalan itu membuatkan penduduk tempatan berang lalu bertindak untuk menemani para pelajar sehingga mencetuskan kekecohan di luar bangunan di mana peperiksaan dijadualkan berlangsung. Mereka bertindak memanjat dinding bangunan bertingkat itu untuk membantu pelajar menipu dalam peperiksaan. Pihak berkuasa daerah yang menyedari kejadian itu susulan video tersebut tular di media sosial, memberi jaminan bahawa kelakuan itu tidak akan dibenarkan dalam apa jua keadaan. Bercakap kepada pemberita, Pegawai Pendidikan, Dharampal berkata, kejadian itu dilaporkan kepada lembaga pendidikan negeri dan memberi jaminan tindakan undang-undang yang tegas dikenakan terhadap mereka yang terlibat. Dharampal berkata, lembaga pendidikan akan meminta polis menempatkan lebih ramai anggota di luar pusat peperiksaan supaya kejadian seperti itu dapat dielakkan pada masa akan datang. - India.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube