PENGEMBARA wanita bernama Fernanda, yang menjadi mangsa rogol tujuh lelaki ketika melawat sebuah daerah di negeri Jharkand, dilaporkan menerima pampasan bernilai Rs 10 lakh (RM57,163) daripada kerajaan India. Timbalan Pesuruhjaya, A Dodde, menyerahkan cek berjumlah Rs 10 lakh sebagai pampasan kepada pasangannya, Vincente. Dalam kejadian 1 Mac lalu, Fernanda yang merupakan pengembara motosikal berkuasa tinggi, difahamkan dalam perjalanan ke Nepal bersama Vincente melalui Bhagalpur. Mereka singgah di Dumka untuk berehat dan mendirikan khemah berhampiran pasar Hansdiha selepas gagal mencari hotel berdekatan. Vincente dan Fernanda menunjukkan kesan lebam pada muka mereka. -Gambar IG Vueltaalmundoenmoto Namun nasib malang menimpa apabila khemah mereka diceroboh tujuh lelaki ketika sedang tidur. Pasangan berkenaan dipukul dan dirompak, malah lebih sadis, Fernanda dirogol secara bergilir-gilir. Polis setakat ini telah menahan tiga orang yang didakwa terlibat dalam jenayah itu dan pencarian sedang giat dijalankan untuk menangkap empat lagi tertuduh. Sementara itu, Vincente menzahirkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas menangani kes berkenaan. -Indiatoday Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube